BELI & INFAK AIR MINERAL

BELI & INFAK AIR MINERAL

Air yang kita infak hari ini, insya-Allah menjadi pahala yang terus mengalir.

Ada kalanya satu pemberian yang nampak kecil bagi kita, memberi manfaat yang besar kepada orang lain.

Melalui Program BELI & INFAK AIR MINERAL,

Tuan/Puan boleh membeli Air Mineral DOCNAN untuk diinfakkan kepada masjid, surau dan pusat pengajian terpilih.

Air tersebut akan dimanfaatkan oleh jemaah, musafir yang singgah serta para penuntut ilmu.

Tuan/Puan beli & infak. Kami uruskan penghantaran.


TENTANG PROGRAM INI

Alhamdulillah, Program BELI & INFAK AIR MINERAL kini memasuki tahun ke-3 bagi edaran ke masjid, surau dan pusat pengajian di Kelantan.

Insya-Allah, tahun ini kami merancang untuk memperluaskan edaran infak Air Mineral DOCNAN ke negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.

Program ini diwujudkan bagi memudahkan orang ramai untuk berinfak air mineral sepanjang tahun dengan cara yang mudah, praktikal dan terus memberi manfaat kepada penerima.


Program ini diwujudkan bagi memudahkan orang ramai infak air mineral dengan cara paling praktikal dan diperlukan.



OBJEKTIF PROGRAM

✅ Memberi peluang orang ramai INFAK Air Mineral sepanjang tahun
✅ Membantu menyediakan air minuman kepada jemaah, musafir dan penuntut ketika:

  • Beribadah di Masjid / Surau

  • Musafir yang singgah di masjid / surau
  • Penuntut Ilmu di  Pusat Pengajian

Infak yang mungkin kecil di mata kita,
tetapi besar nilainya di sisi Allah



AIR MINERAL DOCNAN

Air Mineral DOCNAN dibekalkan oleh Docnan Sihhat Sdn. Bhd. dan:

✔️ Diproses di kilang milik 100% Muslim
✔️ Disahkan Halal
✔️ Mempunyai pensijilan MeSTI , GMP & HACCP

✔️ Mempunyai Kandungan Silika yang tinggi (61mg/L) dan pH8

✔️ Bersih, selamat dan sesuai untuk kegunaan jemaah



 CARA PENYERTAAN & PENGHANTARAN

  • CARA BELI & INFAK

    1️⃣ PILIH PAKEJ
    Pilih jumlah karton Air Mineral DOCNAN yang ingin Tuan/Puan infakkan.

    2️⃣ BUAT PEMBAYARAN
    Selesaikan pembelian melalui halaman ini.

    3️⃣ KAMI URUSKAN
    Pihak DOCNAN akan menyusun stok dan menguruskan penghantaran.

    4️⃣ AIR DIHANTAR UNTUK INFAK
    Air mineral akan diagihkan ke masjid, surau atau pusat pengajian yang terpilih.

    Tuan/Puan tak perlu angkut. Tak perlu cari penerima. Tak perlu urus penghantaran.

    Beli, niatkan untuk infak — selebihnya biar kami uruskan.




INFAK 100 KARTON & KE ATAS

Bagi pembelian 100 karton dan ke atas dalam satu resit, Tuan/Puan boleh mencadangkan:

???? Masjid pilihan
???? Surau pilihan
???? Pusat pengajian pilihan

untuk menerima penghantaran Air Mineral DOCNAN tersebut.


Cadangan lokasi adalah tertakluk kepada kawasan/liputan penghantaran yang ditetapkan oleh Docnan Sihhat Sdn. Bhd.



SATU NIAT, BANYAK YANG MENDAPAT MANFAAT

Bayangkan...

Air yang kita infakkan diminum oleh seorang musafir yang kehausan.

Diminum oleh jemaah selepas selesai solat berjemaah.

Diminum oleh seorang penuntut ketika sedang menuntut ilmu.

Kita mungkin tidak mengenali mereka.

Mereka juga mungkin tidak pernah mengenali kita.

Tetapi Allah mengetahui siapa yang memberi dan siapa yang menerima manfaatnya.

Semoga setiap tegukan air yang memberi manfaat itu diterima Allah sebagai amal kebajikan dan menjadi pahala buat kita.

Jangan tunggu banyak untuk mula memberi.

Pilih pakej di bawah, niatkan kerana Allah dan biar kami uruskan selebihnya.

BELI • INFAK • KAMI HANTARKAN



 


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Infak Air Mineral Docnan 300ml -1 Karton (24 botol)
Infak Air Mineral Docnan 300ml -3 Karton (72 botol)
Infak Air Mineral Docnan 300ml -5 Karton (120 botol)
Infak Air Mineral Docnan 300ml -10 Karton (240 botol)
Infak Air Mineral Docnan 300ml -50 Karton (1200 botol)
Infak Air Mineral Docnan 300ml -100 Karton (2400 botol)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel docnansihhat@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaDOCNAN SIHHAT SDN BHD
No. Akaun3822639807
Buka PBeBank.com